Pages

News

Loading...

Khamis, 10 November 2011

Dosa yang lebih besar dari berzina


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.


Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam. 


Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"


Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata, 
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." 


"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.


"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..


"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.


Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".


Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.


Perempuan itu meneruskan, 
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.


Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, 
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.


Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.. 


Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. 


Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" 


Nabi Musa terperanjat. 
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. 
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" 


"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. 


"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.


"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. 


Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. 


♥ Ustaz Azhar Idrus ( Original ) ♥


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

Isnin, 31 Oktober 2011

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan

pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.



Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.



Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.



Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.



Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.



Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
 memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
 Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.



"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
 (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
 (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
 ~Surah Al-'Asr.

Silakan SHARE..

Klik gambar + baca + share...senang jer nak buat amal jariah ni :)

By: Nurul Amir

Selasa, 25 Oktober 2011

Apasal la aku malas sembahyang?

Apasal la aku malas sembahyang?
Tuhan kasi aku jasad, sihat, hensom pulak tu,
siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang,
Nak tunggu sakit, baru ingat sembahyang,
Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang?
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang?
Ingat masih muda remaja, lambat padam,
Tapi mat motor pun ramai yang terbungkang,
Nak tunggu tua baru ingat tikar sembahyang,
Masa tu, baca fatihah pun 4 kali ulang...

Apasal la aku malas sembahyang?
Main bola aku sanggup sampai petang,
Tak cukup siang, malam main futsal & pentanque,
Tengok tv & internet berjam-jam,
Apa? Ingat masuk syurga boleh berlenggang...

Apasal la aku malas sembahyang?
Kerja dah best, keluarga pun dah ok, rumah tersergam,
Negara pun dah merdeka, terbilang,
Berkawan malam dan siang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang...

Apasal la aku malas sembahyang?
Aku kena ingat, jangka hayat makin kurang,
badan makin lemah, mata dah tak terang,
Pagi kita sihat, petang boleh kejang,
Pastu kita disembahyangkan...

Apasal la aku malas sembahyang?
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang,
Siksa neraka aku tak terbayang,
Janji Allah pasti tertunai, tiada siapa boleh halang!!!

Apasal la aku malas sembahyang..?

Jumaat, 14 Oktober 2011

10 minutes attention

video

Mesyuarat DUN Kelantan-Terengganu 2003

Salamun'alaik,

Entry kali ini nk buka minda rakan-rakan, sahabat-sahabat dan saudara/i sekalian tentang cara pentadbiran dan penjelasan isu negeri dalam persidangan DUN Kelantan pada tahun 2003. Susah jugak carik video ini. Alhamdulillah, ada sahabat dikalangan kita yang meletakkan video ini di youtube untuk tayangan umum agar boleh membuka minda kita serba sedikit. Tayangan video ini tidak disiarkan di media-media massa sedia ada walaupun ianya agak menarik untuk dikongsi berkenaan dengan penjelasan isu "undi PAS dapat pahala" dalam mesyuarat DUN Kelantan. Penjelasan terperinci merangkumi pembangunan pendidikan yang Yayasan Islam Kelantan (YIK) laksanakan dalam sektor pendidikan, kefahaman tentang Islam dan politik, hudud, kebebasan beragama, dan lain-lain yang berkaitan dengan pentadbiran terhad dalam misi membangun bersama Islam yang diperjuangkan oleh PAS; turut dibincangkan.













 
Walaubagaimanapun, atas kendiri jua untuk memilih antara penjelasan dengan ilmiah, atau penjelasan jahiliah. Rakyat bebas memilih jalan yang nak dituju, tetapi berhak jua melihat dan mendengar sekeliling sebelum mula melangkah..

Wassalamun'alaik..

Khamis, 13 Oktober 2011

Cinta dan Kentut

Salamun'alaik guys...

Entry hari ni best sket..nak kongsi pendapat seorang sahabat saya yang mengaitkan Cinta dengan sesuatu yang unik....kentut...hehe..

****

Cinta dan kentut

CINTA dan KENTUT tidak bisa ditahan, keduanya bisa menjadi lega bila terlaksana.

CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita

Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega.

CINTA terkesan malu-malu tapi mau, KENTUT bikin malu-maluin baunya.

CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.

CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau.

CINTA itu halus, KENTUT itu virus.

CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.

CINTA bagi kebanyakan orang muda, “Ahhh, CINTA monyet…!”
 KENTUT didepan banyak orang, “Sialan, monyet lu…!”

CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari:
 Kalau sudah CINTA: “Dimana engkau duhai kekasih?”
 Kalo sudah KENTUT: “Siapa nih yang KENTUT? Hayoo, ngaku gak…?!!!”

CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai.

CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi.

Rabu, 12 Oktober 2011

Bajet 2012: Komen dari pakatan rakyat..

Salamun'alaik guys,

Entry kali ini, berkenaan dengan desas desus bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita, komen dari pihak pakatan rakyat tidak disiarkan di media. Dengan itu, di sini saya nk berkongsi dengan rakan2 sekalian komen2 yang saya jumpa di youtube sekadar untuk dapatkan kenyataan dari kedua-dua pihak. Komen daripada pihak kerajaan boleh kita tonton kat berita2 yang sedia ada. Well, here it's goes..


Jazakallah...