Pages

Isnin, 31 Oktober 2011

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan

pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.



Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.



Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.



Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.



Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.



Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
 memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
 Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.



"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
 (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
 (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
 ~Surah Al-'Asr.

Silakan SHARE..

Klik gambar + baca + share...senang jer nak buat amal jariah ni :)

By: Nurul Amir

Selasa, 25 Oktober 2011

Apasal la aku malas sembahyang?

Apasal la aku malas sembahyang?
Tuhan kasi aku jasad, sihat, hensom pulak tu,
siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang,
Nak tunggu sakit, baru ingat sembahyang,
Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang?
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang?
Ingat masih muda remaja, lambat padam,
Tapi mat motor pun ramai yang terbungkang,
Nak tunggu tua baru ingat tikar sembahyang,
Masa tu, baca fatihah pun 4 kali ulang...

Apasal la aku malas sembahyang?
Main bola aku sanggup sampai petang,
Tak cukup siang, malam main futsal & pentanque,
Tengok tv & internet berjam-jam,
Apa? Ingat masuk syurga boleh berlenggang...

Apasal la aku malas sembahyang?
Kerja dah best, keluarga pun dah ok, rumah tersergam,
Negara pun dah merdeka, terbilang,
Berkawan malam dan siang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang...

Apasal la aku malas sembahyang?
Aku kena ingat, jangka hayat makin kurang,
badan makin lemah, mata dah tak terang,
Pagi kita sihat, petang boleh kejang,
Pastu kita disembahyangkan...

Apasal la aku malas sembahyang?
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang,
Siksa neraka aku tak terbayang,
Janji Allah pasti tertunai, tiada siapa boleh halang!!!

Apasal la aku malas sembahyang..?

Jumaat, 14 Oktober 2011

10 minutes attention

video

Mesyuarat DUN Kelantan-Terengganu 2003

Salamun'alaik,

Entry kali ini nk buka minda rakan-rakan, sahabat-sahabat dan saudara/i sekalian tentang cara pentadbiran dan penjelasan isu negeri dalam persidangan DUN Kelantan pada tahun 2003. Susah jugak carik video ini. Alhamdulillah, ada sahabat dikalangan kita yang meletakkan video ini di youtube untuk tayangan umum agar boleh membuka minda kita serba sedikit. Tayangan video ini tidak disiarkan di media-media massa sedia ada walaupun ianya agak menarik untuk dikongsi berkenaan dengan penjelasan isu "undi PAS dapat pahala" dalam mesyuarat DUN Kelantan. Penjelasan terperinci merangkumi pembangunan pendidikan yang Yayasan Islam Kelantan (YIK) laksanakan dalam sektor pendidikan, kefahaman tentang Islam dan politik, hudud, kebebasan beragama, dan lain-lain yang berkaitan dengan pentadbiran terhad dalam misi membangun bersama Islam yang diperjuangkan oleh PAS; turut dibincangkan.













 
Walaubagaimanapun, atas kendiri jua untuk memilih antara penjelasan dengan ilmiah, atau penjelasan jahiliah. Rakyat bebas memilih jalan yang nak dituju, tetapi berhak jua melihat dan mendengar sekeliling sebelum mula melangkah..

Wassalamun'alaik..

Khamis, 13 Oktober 2011

Cinta dan Kentut

Salamun'alaik guys...

Entry hari ni best sket..nak kongsi pendapat seorang sahabat saya yang mengaitkan Cinta dengan sesuatu yang unik....kentut...hehe..

****

Cinta dan kentut

CINTA dan KENTUT tidak bisa ditahan, keduanya bisa menjadi lega bila terlaksana.

CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita

Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega.

CINTA terkesan malu-malu tapi mau, KENTUT bikin malu-maluin baunya.

CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.

CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau.

CINTA itu halus, KENTUT itu virus.

CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.

CINTA bagi kebanyakan orang muda, “Ahhh, CINTA monyet…!”
 KENTUT didepan banyak orang, “Sialan, monyet lu…!”

CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari:
 Kalau sudah CINTA: “Dimana engkau duhai kekasih?”
 Kalo sudah KENTUT: “Siapa nih yang KENTUT? Hayoo, ngaku gak…?!!!”

CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai.

CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi.

Rabu, 12 Oktober 2011

Bajet 2012: Komen dari pakatan rakyat..

Salamun'alaik guys,

Entry kali ini, berkenaan dengan desas desus bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita, komen dari pihak pakatan rakyat tidak disiarkan di media. Dengan itu, di sini saya nk berkongsi dengan rakan2 sekalian komen2 yang saya jumpa di youtube sekadar untuk dapatkan kenyataan dari kedua-dua pihak. Komen daripada pihak kerajaan boleh kita tonton kat berita2 yang sedia ada. Well, here it's goes..


Jazakallah...

Debat terhebat dalam sejarah Malaysia


Salamun'Alaik Guys...

Diyakini sahabat2 dan saudara/i sekalian amat familiar dengan debat (sesi soal jawab dengan fakta dan dibahaskan secara professional) untuk dinilai dan mengupas pro and con sesuatu isu. Tanpa berpandukan dan berdasarkan emosi dan kenyataan tanpa asas (sepatutnya la..) setiap pendebat dizinkan membentangkan apa saja FAKTA atau dalil2 (bukti2) yang menyokong pendapat dan keterangan yang dibentangkan. Mari kita ikuti perdebatan yang tidak kurang hebatnye yang membahaskan isu kenaikan minyak. Kita berhak menilai yang mana lebih berunsur ilmiah dan sebaliknya, kerana negara Malaysia adalah hak kita... dan pilihan juga adalah hak kita...^^




Wassalam...fikir-fikirkan dan selamat beramal... (^_^)

Selasa, 11 Oktober 2011

Ally

Salamun'alaik~

Entry kali ni nk publish kisah seorang ibu yg amat mengasihi anaknya.. Kisah benar.. Doakanlah yang terbaik untuk beliau sekeluarga... ameeen~



************



Assalamualaikum..
Dah lama tak menulis tak blog ni...bila dapat sesuatu yang lebih menarik perhatian, semua boleh jadi lupa.
Kerja pun dah jadi tertangguh-tangguh.  Inilah akibat bila berdating dengan Micheal Scofield..hahahha

Hari ni terasa pulak nak bercerita pasal sikecik ni..siapa lagi kalau bukan Ally..

Antara keempat-empat cahayamata yang saya ada, Ally ni la yang paling banyak sekali kena makan ubat.  Ally kerap kena batuk..tapi sebelah malam sahaja dan ada masa-masa yang tertentu.  Kalau bila dia kena batuk ni kesian sangat..malam tak boleh tidur, asyik batuk dan bila batuk tu..mengelagak jer bunyi kahak dia..

Ada pengalaman yang agak menyayat hati bila bercerita pasal Ally ni.. Dalam bulan 5 yang lepas). Kebetulan saya bercuti, saya tengok ally memang batuk yang agak kuat, dia memang tak bagi saya buat apa, cuma duduk meriba dia sahaja.

Saya dah nampak, nafas dia tersekat-sekat, macam susah sangat nak bernafas, saya talipon ayahnya dan cuma mengatakan yang ally batuk agak teruk. Bila ayahnya balik dari kerja, masa tu dalam kul 8.00 malam, kami bawak dia jumpa doktor, dan klinik tu pun sebenarnya dah nak tutup, siap tutup lampu dah...tapi saya cakap kat nurse, tolongla bagi doktor tengok anak saya sekejap.

Bila masuk bilik doktor, doktor trus bagi tau saya..anak awak nampak pucat sangat..hati saya dah berdebar2..doktor check dan dia bagi nebulizer...ally meronta2la menangis..lepas doktor bagi nebulizer tu nampak dia ok skit..dan dia tidur.

Bila balik nampak keadaan dia ok...nampak dia pun boleh bernafas dengan elok tanpa tersekat2...kami pun lega la.. So, saya dah suami serta anak-anak lain tidur mcm biasa...Tiba-tiba kami terkejut sebab dengar ally menangis dengan kuat sekali, saya cuba angkat dia tak mau..ayah dia angkat pun dia tak mau...dia meronta2..menangis2..bergolek2 macam resah semacam jer...saya angkat dia dan tengok dia mcam tak bermaya,muka dia pucat apa yang dia buat serba tak kena...saya dah suami bergegas bawak ally ke Columbia Asia Puchong. Pesan kat kakak untuk tengok adik-adik...Ibu dan ayah nak g hospital bawak ally.

Kami pergi ke emergency room, sampai kesana trus bagi tau doktor yang ally macam susah nak bernafas..Bila doktor check..statement yang paling saya tak dapat terima "ANAK AWAK KRITIKAL"..bagaimana perasaan saya ketika tu????hanya Allah sahaja yang tahu..bercampur baur..airmata mencurah2 begitu juga dengan suami saya..Doktor bagi ubat dan nebulizer lagi untuk stabilkan ally..

Dalam masa yang masa doktor bagi tau yang ally tak boleh dirawat di Columbia Asia sebab tak cukup kelengkapan, lalu kami dihantar ke Pantai Hospital di Bangsar menggunakan Ambulan..Ally masih menggunakan oxigen sepanjang dalam perjalanan tu..sampai unit kecemasan hospital sekali lagi doktor yang merawat ally disitu bagi statement yang sangat-sangat saya tak dapat terima ANAK AWAK TAK STABIL".....

Ally..Ally,,macam mana perasaan ibu waktu itu sayang...tak dapat ibu luahkan dengan kata-kata..ibu rasa bersalah yang amat sangat sebab tak bawak ally jumpa doktor dengan lebih awal.. nampak ally bernafas dengan tersekat2 walaupun dengan bantuan oxygen..Kemudian Ally dimasukkan ke ICU untuk rawatan lanjut.

Seminggu ally di hospital, doktor kata paru-paru ally kena jangkitan bakteria. jadi dia kena dapatkan antibiotik selama 5 hari. Saya cuma kena jaga pemakanan ally, dia tak boleh makan benda2 sejuk sebab doktor kata potensi untuk ally dapat asma agak besar...



p/s : saya tak berapa pandai nak menulis sebenarnya apa yang saya tulis ni itulah yang saya rasa.


                            Ally posing dengan selipar..isk isk isk

Khamis, 6 Oktober 2011

Kalau tidak suka pada hukum Allah, jangan jadikan jenaka murahan!

Assalammualaikum

Artikel pagi ni dipetik dari sini.

Pedih rasanya mata dan hati ini. Ya Allah Kau berilah hidayah dan ampunan Mu kepada kami....



Kata Imam Muda Hassan di statusnya di facebook: "Berpada-padalah ketika berpolitik. Sekalipun tidak mahu kpd hukum Allah, jgn sampai hukum Allah dijadikan sbg alat jenaka hanya semata2 utk mencapai kepuasan sendiri. Sedarlah diri yg kita hanya penumpang di muka bumi ini, kebalkah kita jika Allah menimpakan balaNya nnt? Yang pasti, bala bkn shj menimpa sesuatu kaum yg mempersendakan itu, tetapi keseluruhan kaum itu. Astaghfirullahal'azim..Ya Allah, ampunkan dosa kami.." 

Kata imam muda hassan lagi: "Kita melenting bila org menghina jalur gemilang, tetapi kita berpeluk tubuh berdiam diri bila org menghina Islam itu sendiri. Siapa lagi yg boleh diharapkan kalau org Islam yg menghina agamanya sendiri.. 

JELAS imam muda hassan:..."Ini bukan lagi soal politik. Ini melibatkan maruah kita sbg org yg mengaku Allah itu sbg Tuhan kita didalam kalimah syahadah. Betapa sygnya Rasulullah terhadap Ummatnya, tetapi alangkah sedihnya jika Rasulullah melihat apa yg terjadi akhir zaman ini. Adakah manusia berfikir mereka akan selama-lamanya hidup di atas muka bumi in?Lupakah kita pada kehidupan yg kekal abadi di sana nnt?"......




Jom kita check pulak apa kata ALLAH dalam Kitab KITA :-

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu…”(QS Al Maidah ayat 49)

”Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (QS Al Maidah ayat 50)

”Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu.” (QS Al-Maidah ayat 48)

Wallahu a'lam....Kuatkanlah kami untuk memenangkan kemerdekaan diri, kemerdekaan iman di negara kami sendiri Ya Rabbul A'lamin....