Pages

Rabu, 14 September 2011

Abraj al-Bait

Salamun'alaik Guys,

Dalam entry kali ni, nak kongsi berita yang agak menggembirakan dan membanggakan umat Islam seluruh dunia iaitu tersiap sudah Menara Jam tertinggi di dunia di Arab Saudi berhadapan dengan Masjidil Haram.
Struktur binaan tapak yang sangat luas serta ciri binaan Islam yang mengagumkan terdapat pada bangunan ini. Bangunan yang menempatkan menara jam tertinggi di dunia ini dinamakan Abraj al- Bait.


Tapak bangunan ini adalah yang terbesar di dunia iaitu berukuran lebih kurang 1,600,000 m² dan bernilai lebih kurang USD 2 billion!

Di bahagian dalam bangunan pula terdapat prayer hall yang boleh memuatkan hampir 3,800 jemaah. Subhanallah!


Di bangunan ini juga terdapat 2 heliports untuk kegunaan orang² kenamaan. Sehingga tahun 2011, dengan ketinggian mencecah 601 meter, Menara Jam ini adalah yang tertinggi di dunia manakala dari sudut ranking keseluruhan bangunan,  Abraj al-Bait berada di tangga ke-2 selepas menara Burj Khalifa, Dubai yang dijangka siap 2012. KLCC pun kalah... Hehehe...

Antara yang menarik mengenai bangunan ini, pada malamnya menara jam ini bersinar dengan 2,000,000 LED berwarna hijau. Surely lebih save berbanding tembak lampu spotlight beribu kW ke langit...hehe..

Di samping 5-Star hotel, bangunan ini juga memiliki shopping mall dan dijangka amat menarik perhatian ahli perniagaan islam kerana terdapat juga convention centre yang memuatkan 1500 orang di samping Masjidil Haram yang cuma berada beberapa batu di hadapan bangunan tersebut.

Berada di tanah haram, sudah pasti lah perniagaan yang mahu dijalankan adalah telus dan berunsur islamic, kan?

Dengan tersiapnya Abraj al-Bait ini, beberapa rekod dunia secara officialnya telah dipecahkan. Antaranya;
1) merupakan hotel tertinggi di dunia
2) dibina dengan menara jam tertinggi di dunia
3) Muka jam terbesar didunia
4) tapak bangunan yang terbesar di dunia
5) bangunan tertinggi di dunia sehingga 2011
6) bangunan kedua tertinggi selepas tersiapnya bangunan Burj Khalifa di Dubai pada tahun 2012
7) bangunan hotel tertinggi didunia yang beberapa meter dengan masjid terbesar di dunia iaitu Masjidil Haram


Teringin rasanya menjejakkan kaki ke tanah haram suatu hari nanti untuk mmemenuhi rukun islam yang lima. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, agak2 apa lagi perubahan yang akan berlaku di Tanah Haram? Wallahua'lam...


....dan tahukah anda, bangunan ini di bina oleh Saudi Binladen Group?..hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan