Pages

Selasa, 11 Oktober 2011

Ally

Salamun'alaik~

Entry kali ni nk publish kisah seorang ibu yg amat mengasihi anaknya.. Kisah benar.. Doakanlah yang terbaik untuk beliau sekeluarga... ameeen~



************



Assalamualaikum..
Dah lama tak menulis tak blog ni...bila dapat sesuatu yang lebih menarik perhatian, semua boleh jadi lupa.
Kerja pun dah jadi tertangguh-tangguh.  Inilah akibat bila berdating dengan Micheal Scofield..hahahha

Hari ni terasa pulak nak bercerita pasal sikecik ni..siapa lagi kalau bukan Ally..

Antara keempat-empat cahayamata yang saya ada, Ally ni la yang paling banyak sekali kena makan ubat.  Ally kerap kena batuk..tapi sebelah malam sahaja dan ada masa-masa yang tertentu.  Kalau bila dia kena batuk ni kesian sangat..malam tak boleh tidur, asyik batuk dan bila batuk tu..mengelagak jer bunyi kahak dia..

Ada pengalaman yang agak menyayat hati bila bercerita pasal Ally ni.. Dalam bulan 5 yang lepas). Kebetulan saya bercuti, saya tengok ally memang batuk yang agak kuat, dia memang tak bagi saya buat apa, cuma duduk meriba dia sahaja.

Saya dah nampak, nafas dia tersekat-sekat, macam susah sangat nak bernafas, saya talipon ayahnya dan cuma mengatakan yang ally batuk agak teruk. Bila ayahnya balik dari kerja, masa tu dalam kul 8.00 malam, kami bawak dia jumpa doktor, dan klinik tu pun sebenarnya dah nak tutup, siap tutup lampu dah...tapi saya cakap kat nurse, tolongla bagi doktor tengok anak saya sekejap.

Bila masuk bilik doktor, doktor trus bagi tau saya..anak awak nampak pucat sangat..hati saya dah berdebar2..doktor check dan dia bagi nebulizer...ally meronta2la menangis..lepas doktor bagi nebulizer tu nampak dia ok skit..dan dia tidur.

Bila balik nampak keadaan dia ok...nampak dia pun boleh bernafas dengan elok tanpa tersekat2...kami pun lega la.. So, saya dah suami serta anak-anak lain tidur mcm biasa...Tiba-tiba kami terkejut sebab dengar ally menangis dengan kuat sekali, saya cuba angkat dia tak mau..ayah dia angkat pun dia tak mau...dia meronta2..menangis2..bergolek2 macam resah semacam jer...saya angkat dia dan tengok dia mcam tak bermaya,muka dia pucat apa yang dia buat serba tak kena...saya dah suami bergegas bawak ally ke Columbia Asia Puchong. Pesan kat kakak untuk tengok adik-adik...Ibu dan ayah nak g hospital bawak ally.

Kami pergi ke emergency room, sampai kesana trus bagi tau doktor yang ally macam susah nak bernafas..Bila doktor check..statement yang paling saya tak dapat terima "ANAK AWAK KRITIKAL"..bagaimana perasaan saya ketika tu????hanya Allah sahaja yang tahu..bercampur baur..airmata mencurah2 begitu juga dengan suami saya..Doktor bagi ubat dan nebulizer lagi untuk stabilkan ally..

Dalam masa yang masa doktor bagi tau yang ally tak boleh dirawat di Columbia Asia sebab tak cukup kelengkapan, lalu kami dihantar ke Pantai Hospital di Bangsar menggunakan Ambulan..Ally masih menggunakan oxigen sepanjang dalam perjalanan tu..sampai unit kecemasan hospital sekali lagi doktor yang merawat ally disitu bagi statement yang sangat-sangat saya tak dapat terima ANAK AWAK TAK STABIL".....

Ally..Ally,,macam mana perasaan ibu waktu itu sayang...tak dapat ibu luahkan dengan kata-kata..ibu rasa bersalah yang amat sangat sebab tak bawak ally jumpa doktor dengan lebih awal.. nampak ally bernafas dengan tersekat2 walaupun dengan bantuan oxygen..Kemudian Ally dimasukkan ke ICU untuk rawatan lanjut.

Seminggu ally di hospital, doktor kata paru-paru ally kena jangkitan bakteria. jadi dia kena dapatkan antibiotik selama 5 hari. Saya cuma kena jaga pemakanan ally, dia tak boleh makan benda2 sejuk sebab doktor kata potensi untuk ally dapat asma agak besar...



p/s : saya tak berapa pandai nak menulis sebenarnya apa yang saya tulis ni itulah yang saya rasa.


                            Ally posing dengan selipar..isk isk isk

2 ulasan:

  1. Semoga segala yang tersurat untuk Ally itu ade keindahan dan nikmat yang Allah rancang untuk dia dan kedua ibu bapanya...ameen (^_^)

    BalasPadam
  2. Salam, kak..

    Semoga segala apa yang Ally alami dengan keredhaan akan dibayar oleh Allah dengan keindahan atau nikmat yang tidak ternilai kepada Ally dan kedua ibu bapanya suatu masa kelak.. Jazakallah~

    BalasPadam